Itenerary Program Percutian 4 Hari 3 Malam di Padang – Bukittinggi


Itenerary Program Percutian 4 Hari 3 Malam

Andaikan anda merancang untuk bercuti ke Padang Bukittinggi selama 4 hari 3 malam, tetapi tidak tahu ke mana hendak pergi dan bagaimana jadual perjalanan yang terbaik. Di sini, saya ingin memberi satu contoh tentatif program percutian selama 4 hari 3 malam di Padang dan Bukittinggi. Ini hanya sebagai satu cadangan, dan boleh diubah-ubah mengikut keselesaan anda.

Hari Pertama :

  • Andaikan anda mengambil flight petang. Anda dijangka sampai di Bandara International Minangkabau (BIM) Airport jam 2pm. (sebenarnya waktu Malaysia ialah pukul 3pm).
  • Terus menuju ke Bukittinggi melalui beberapa destinasi pelancongan. Pertama, anda boleh singgah sebentar di Lembah Anai, sebuah air terjun di tepi jalan batas Kabupaten Padang Pariaman dan kabupaten Tanah Datar.

Sejumlah wisatawan menikmati keindahan wisata alam air terjun Lembah Anai , Kabupaten Tanah Datar, Sumbar,

  • Kemudian, singgah di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau Minang Village di Padang Panjang.

cropped-traditional-house-minang.jpg

  • Setelah itu, singgah merasai sate minang di Rumah Makan Sate Mak Syukur. Atau pun, merasai hidangan nasi padang di Rumah Makan Pak Datuk.
  • Selesai menjamu selera, singgah pula di kedai-kedai sulam Putri Minang, Pandai Sikek, pusat jualan tenunan kain sulam dan ukiran kayu Serta Oke Sulam, Linduang Bulan Sulam.

  • Kemudian, bergerak ke Bukittinggi dan check in hotel.
  • Sebelah malam, bolehlah bersiar-siar di sekitar kota Bukittinggi seperti ke Jam Gadang dan Ramayana Shopping Complex mall.
  • Makan malam juga di sekitar kota Bukittinggi. Mungkin anda boleh cuba keenakan murtabak mesir atau bakso dan ais teler.

Hari kedua :

  • Sebelah pagi, sarapan biasanya disediakan oleh pihak hotel tempat anda menginap.
  • Selesai sarapan, bolehlah berangkat menggunakan van pelancong ke Istana Basa Pagaruyuang. Dalam perjalanan, singgah di perusahaan kopi dan pisang salai Kiniko. Cubalah rasa kopi buatan orang tempatan.
  • Seterusnya, singgah di Rumah Makan Pondok Flora untuk makan tengahari.
  • Selesai menjamu selera, bergerak ke destinasi utama yaitu Istana Basa Pagaruyuang, dan pusing arah tasik singkarak.
  • Patah balik ke kota Bukittinggi untuk ke Lubang Jepang dan Great Wall of Koto Gadang.
  • Sebelah malam, jika ingin ke fastfood restaurant, bolehlah makan malam di KFC atau Pizza Hut. Atau pun menu nasi padang di Rumah Makan Simpang Raya atau Rumah Makan Gon Raya.

Istana Besar Pagaruyung
Janjang Koto Padang

Hari Ketiga

  • Sarapan pagi di hotel. Selesai sarapan, anda dicadangkan untuk check out hotel sebelum menuju ke destinasi  yang seterusnya.
  • Di Bukittinggi, singgah dahulu di rumah kelahiran Bung Hatta, timbalan presiden pertama Indonesia.
  • Menuju ke kelok 44 menuruni bukit untuk ke Danau Maninjau.
  • Sebaik sampai di Danau Maninjau, terus ke destinasi utama iaitu rumah kelahiran Buya Hamka, seorang ulama terkenal di nusantara ini.
  • Kemudian, makan tengahari di Rumah Makan Batu Lambuik.
  • Sekiranya ada masa dan ingin pusing-pusing sekitar Danau Maninjau, bolehlah menyewa bot sekitar 30 minit.
  • Patah balik ke kota Bukittinggi untuk shopping di Pasar Atas, Pasar lereang dan Pasar Bawah.
  • Selepas shopping, terus menuju ke Padang dan check in hotel di Padang. Makan malam di Rumah Makan Lamun Ombak.
Rumah Kelahiran Buya Hamka
Danau Maninjau
Shopping kain sulam di Pasar Atas

Hari Ke empat :

  • Andaikan anda mengambil flight petang untuk balik ke Malaysia.
  • Sarapan pagi di hotel. Selesai sarapan, terus check out hotel.
  • Destinasi yang sempat dilawati sebelum ke airport ialah Muzium Padang dan Jambatan Siti Nurbaya.
  • Mungkin juga boleh singgah di kedai yang menjual keripik balado sebagai ole-ole dari Padang.
  • Bergerak ke airport kerana anda perlu berada di airport selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari.
Muzium Padang
NOTA : UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA CARTER SEBUAH VAN Isuzu elf, Mitsubishi L300, Innova, Avanza, Tourist Bus DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA (Mr.Budi) DI TALIAN 0813 6342 9002 – 0819 7754 0007 – ( only Whats App +62 896 8380 0183 – +62 853 7405 1266 Mr. Budi ).
email : padangindahtours@yahoo.com
Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s